Sunday 18 March 2012

PROGRAM TEAM BUILDING IBS




Program Team Building yang dihadiri hampir semua staf IBS yang aktif iaitu seramai 32 orang telah terlaksana dengan jayanya. Misi Team Building ini adalah untuk merangka strategi IBS untuk mencapai Key Performance Indicator (KPI) yang ditetapkan antara lain termasuklah berkaitan misi dan visi IBS selain penerbitan, penyelidikan dan program baru peringkat sarjana.
Program yang berjalan pada 8 hingga 10 Mac 2012 di Hatyai dimulakan dengan taklimat ringkas namun berat amanahnya oleh Dekan IBS iaitu Prof. Madya Dr Asmadi Mohamed Naim. Staf IBS diingatkan tentang kepentingan pencapaian KPI kerana ini merupakan amanah yang diberikan kepada IBS. Seterusnya beliau menyentuh peripentingnya kepada 'saf' (barisan) yang mantap dan ukhuwwah  yang kukuh untuk mencapai KPI ini.
Program ini turut dihadiri oleh PNC COB iaitu Prof. Dr. Rushami Yusoff dalam slot taklimat PNC COB. Peringatan demi peringatan tentang amanah yang terpikul di bahu staf diperingatkan sentiasa sehingga tercetuslah idea Key Amal Indicator (KAI) untuk IBS. Menurut beliau, KAI lebih sesuai untuk staf IBS selari dengan visi dan misi IBS yang mendukung Islam sebagai tunjang pusat pengajian yang unik ini.
Penglibatan yang aktif daripada staf IBS dalam setiap sesi perbincangan menjadikan setiap sesi perbincangan agak hangat dengan cetusan pelbagai idea kreatif yang diadaptasi mahupun berdas

Bagi mengeratkan lagi sillaturrahim antara staf IBS yang baru setahun jagung ditubuhkan, Progam Team Building ini dimeriahkan dengan sambutan Hari Keluarga Pertama IBS yang turut disertai oleh ahli keluarga IBS yang hadir. Perjalanan menaiki bas bersama dan berkampung di kawasan yang rata-ratanya bukan Muslim menjadikan staf IBS lebih akrab dan diharapkan sillaturrahim yang terbina dirahmati dan diberkati Allah SWT.arkan pengalaman masing-masing. Apa yang penting ialah strategi yang dirangka adalah yang dicadangkan sendiri dari akar umbi dan dipersetujui bersama. Perbincangan berjalan sehingga lewat malam jam 12. Namun staf IBS tidak melepaskan peluang menyertai solat subuh berjemaah dan menghayati kuliah subuh. Kuliah subuh dititip oleh PM Dr Abdullah Abd Ghani atau 'Pak Lah' iaitu panggilan mesranya di kalangan staf IBS bagi hari pertama, kemudian kuliah subuh hari kedua disampaikan oleh Ustaz Muhamad Noor Habibi Hj. Long. Pengisian kuliah subuh berkisar tentang ikhlas, syura, ukhuwwah dan taat dalam konteks kerja dan berorganisasi. Ikhwah dan akhawat juga diingatkan agar sentiasa berniat bahawa segala tugas yang dilakukan adalah 'ibadah'.
Rentetan dari program Team Building ini, bengkel penyediaan proposal penyelidikan akan diadakan pada bulan April 2012 sebagai salah satu strategi mencapai KPI IBS dan KAI staf IBS. Sesungguhnya, besarlah harapan Dekan IBS dan seluruh staf IBS agar pusat ini akan terus berkembang.