Monday 11 March 2013

DELEGASI INDUSTRI MUAMALAT KE KUALA LUMPUR, SELANGOR DAN PUTRAJAYA




Kelab Pentadbiran Muamalat, Universiti Utara Malaysia telah Berjaya melaksanakan Program Delegasi Industri Muamalat ke Kuala Lumpur, Selangor, dan Putrajaya pada 13 Mac 2012-16 Mac 2012. Program tradisi Kelab Pentadbiran Muamalat kali ini merupakan program deligasi yang terbesar yang melibatkan dua buah bas dimana seramai 84 orang pelajar tahun akhir, tahun kedua dan pertama telah menyertai delegasi ini yang diiringi oleh dua orang pensyarah Pentadbiran Muamalat iaitu Ustaz Fauzwadi Mat Ali dan Ustazah Siti Hajar Salwa Ahmad Musadik.
Delegasi industri yang sangat penting dan bermakna ini telah berjaya memberi serba sedikit pendedahan yang sewajarnya kepada para pelajar tentang dunia pekerjaan yang sebenarnya dan pada masa yang sama delegasi ini turut memberi input yang sangat berguna kepada pelajar tahun akhir yang bakal menjalani latihan industri nanti juga membina hubungan kerja dengan pihak industri. Lawatan ke Takaful Ikhlas, Jabatan Wakaf, Zakat, dan Haji (JAWHAR), Wassiyah Shope, Muzium Kesenian Islam Selangor (Yayasan Restu), makan malam bersama Kelab Muamalat USIM dan juga Kelab Damai Malaysia banyak memberi impak yang positif kepada para pelajar.
Selain itu lawatan rasmi ke Jabatan Muamalat di Universiti Malaya buat pertama kalinya turut membuahkan hasil dan hubungan yang baik di antara pelajar Muamalat UUM dan UM dan ekoran dari pertemuan pertama ini Kelab Muamalat UUM dan UM akan bekerjasama untuk melaksanakan Lawatan Antarbangsa ke Beijing yang kini dalam proses kelulusan kertas kerja dari pihak Universiti. Moga program yang bermotifkan akademik dan ilmiah ini dapat diteruskan pada generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment