Sunday 24 March 2013

MENGURUS KORPORAT CARA ISLAM MELALUI JIHAD BUSINES DAN WAQAF KORPORAT

Sintok, 18-19 Mac 2013: Tan Sri Prof (Dr) Muhammad Ali Hashim, Profesor Adjung bagi Program Pentadbiran Muamalat, Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) UUM menegaskan kepentingan pengurusan Islam bagi memastikan pembangunan ummah. Menurutnya, ketika menyampaikan pidato umumnya di UUM, para pemimpin organisasi korporat mesti mempunyai cita-cita memartabatkan jihad busines dan waqaf korporat bagi memastikan kelangsungan ekonomi masyarakat Islam. Kajian menunjukkan, kelangsungan sesuatu syarikat keluarga hanya boleh bertahan hanya setakat tiga generasi manakala waqaf korporat boleh memastikan kelangsungan sesuatu syarikat bagi maksud pembangunan ekonomi ummah.
Perkara ini ditegaskan oleh beliau ketika menyampaikan pidato umum di Universiti Utara Malaysia baru-baru ini. Beliau merupakan tokoh penting dalam dunia ekonomi dan Perniagaan Islam yang telah mempelopori slogan "Jihad Bisnes" sejak sekian lama. Pidato umum tersebut yang dihadiri lebih daripada 200 orang pensyarah dan pelajar UUM diadakan sempena kunjungan beliau ke UUM bagi memberikan penasihatan idustri untuk para pensyarah Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS).
Lawatan Tan Sri dimulakan dengan sesi dialog bersama ahli akademik IBS bagi mencungkil pengalaman beliau selaku pelopor waqaf korporat dan pengurusan organisasi secara Islam. Program tersebut secara khususnya berjaya menjadi medan untuk beliau berkongsi pengalaman tentang cabaran yang terpaksa dihadapinya dalam mengaplikasikan elemen-elemen Islam dalam dunia perniagaan yang beliau telah ceburi. Program tersebut telah berjaya mendedahkan pengalaman beliau sebagai tokoh korporat yang berjiwa besar termasuklah kejayaannya ketika bersama JCorp yang mana syarikat tersebut telah berjaya membuka banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada bumiputera. Antara kejayaan yang paling besar kepada masyarakat Malaysia adalah apabila KFC Holding berjaya di Islamisasikan dengan mengeluarkan produk halal serta menjadikan KFC Malaysia sebagai suatu jenama besar kepada hub halal di rantau ASEAN.

No comments:

Post a Comment