Sunday 23 June 2013

BERITA RINGKAS LAWATAN NAIB CANSELOR UUM KE PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN ISLAM


Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS UUM) telah menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor UUM, Prof Dato' Dr Mohamed Mustafa Ishak pada 18 Jun 2013. Lawatan sekitar pejabat pentadbiran IBS UUM telah diadakan dan Naib Canselor juga sempat mengadakan mesyuarat bersama staf IBS UUM di Bilik Mesyuarat Utama SEFB.
Dekan IBS UUM telah membuat perbentangan ringkas berkenaan prestasi dan aktiviti-aktiviti yang IBS UUM jalankan pada tahun 2012 dan 2013. Naib Canselor juga sempat menekankan kepentingan IBS UUM dalam membantu hasrat UUM untuk mencapai taraf sebagai Universiti Penyelidikan dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Turut hadir bersama perjumpaan ini adalah Pengarah Hal Ehwal Akademik (HEA), En Ahmad Rasidi Abdullah dan juga wakil Penolong Naib Canselor UUM COB Prof. Madya Dr. Zulkifli Md Udin.