Monday 11 March 2013

MAJLIS ANUGERAH DEKAN IBS


Buat julung kalinya Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), UUM College of Business (UUM COB) telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Dekan sesi pertama 2011/2012 (A111) yang berlangsung di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen UUM. Seramai 84 orang daripada 131 pelajar telah hadir dan menerima pengiktirafan di atas kecemerlangan akademik yang telah mereka capai.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor UUM COB, Prof. Dr. Rushami Zien Yusoff dan dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan bahawa kecemerlangan akademik perlulah seiring dengan kemahiran insaniah lain terutamanya kemahiran komunikasi ia adalah nilai tambah yang cukup penting pada masa kini. Lebih-lebih lagi dalam bidang Perniagaan Islam, penguasaan bahasa Arab dan Bahasa Inggeris perlu dititikberatkan memandangkan dunia timur tengah kini mula memandang tinggi kepakaran dalam bidang Perniagaan Islam. Dalam nada bersungguh beliau menyarankan agar Pusat Pengajian Perniagaan Islam menganjurkan Hari Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris bagi membuktikan bahawa kita serius dalam memastikan para pelajar menguasai bahasa tersebut sepenuhnya.
Selain itu, Dekan Pusat Pengajian IBS, Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim turut menyampaikan amanat beliau menekankan supaya siswa-siswi yang cemerlang ini dapat mengekalkan pencapaian mereka sehingga tamat pengajian dan tergolong dalam penerima ijazah kelas pertama pada majlis konvokesyen universiti kelak. Harapan beliau supaya ilmu teori yang dipelajari dapat ditekuni, difahami dan dipraktis sepenuhnya dalam dunia pekerjaan pada masa depan. Selain itu, beliau mengharapkan para siswa tidak mengabaikan ketekunan untuk memperolehi pekerti yang mulia sebagai bekalan kehidupan di dunia dan akhirat.
Sementara itu, penerima Anugerah Dekan yang memperolehi CGPA 4.0 iaitu Aini Nur Hajjar Binti Khairol Nizam ketika ditemubual berkata, beliau amat terharu dengan penghargaan yang diberikan melalui Majlis Anugerah Dekan yang dianjurkan IBS ini. Menurut beliau lagi majlis 
penghargaan sebegini patut diteruskan pada setiap semester bagi memberi perangsang dan motivasi kepada mereka untuk terus mengekalkan kecemerlangan yang diperolehi dan menyedarkan mereka tentang tanggungjawab yang harus mereka pikul bagi memastikan 

Majlis berakhir dengan jayanya tepat jam 12.00 tengahari sebaik sahaja sesi fotografi beramai-ramai dijalankan.pusat Pengajian terus menghasilkan pelajar yang berkualiti. "Saya menjadikan pesanan ibu saya supaya mengamalkan pembelajaran di awal pagi dan sentiasa mengamalkan sembahyang sunat dan doa sebagai tips utama dalam usaha saya mencapai keputusan peperiksaan yang memberangsangkan," katanya yang juga pelajar dari jurusan Kewangan dan Perbankan Islam

No comments:

Post a Comment