Monday 5 August 2013

MAJLIS IFTAR RAMADHAN PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN ISLAM IBS UUM 1434H


Tanggal 1 Ogos 2013 (Khamis) bersamaan 23 Ramadhan 1434H bertempat di Anjung Kuala, Kuala Kedah, satu Majlis Iftar Ramadhan Peringkat Pusat Pengajian Perniagaan Islam telah diadakan dan seramai 137 orang staf IBS bersama ahli keluarga masing-masing diraikan pada majlis berkenaan.
Walaupun lokasi majlis agak jauh namun atas semangat ukhuwwah dan hubungan silaturrahim yang erat, hampir separuh staf IBS dapat menghadirkan diri dan memeriahkan lagi suasana harmoni majlis tersebut. Majlis Iftar tersebut turut diserikan dengan kehadiran staf pelawat IBS dari Jordan, Yaman dan Nigeria bersama keluarga masing-masing.
Menurut Pengerusi Kebajikan Pusat Pengajian Perniagaan Islam IBS UUM, majlis sebegini akan diteruskan pada masa-masa akan datang dan tidak hanya kepada majlis berbuka puasa tetapi majlis-majlis keraian lain bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga IBS.
Majlis turut berkesempatan meraikan staf-staf IBS yang baru melapor diri iaitu Prof Dr Rosylin bersama keluarga dan pensyarah-pensyarah pelawat baru.