Sunday 15 July 2012

THE 5TH FOUNDATION OF ISLAMIC FINANCE CONFERENCE (FIFC) 2012




Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) telah berjaya menganjurkan persidangan bertaraf antarabangsa iaitu THE 5TH FOUNDATION OF ISLAMIC FINANCE CONFERENCE (FIFC) 2012 pada 9-11 Julai di The Westin Hotel & Spa, Langkawi, Kedah selepas Konvensyen Pertama WAIBS. FIFC 2012 adalah anjuran bersama IBS dan OYAGSB dengan kerjasama International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF), International Shari'ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA) dan National Centre of Excellence for Islamic Studies Australia (NCEIS). Tema FIFC 2012 adalah 'Ethical Dimensions in Islamic Business: Realities and Challenges'.
Seramai 118 orang peserta telah menghadiri persidangan ini dari pelbagai buah negara termasuk Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, India, Indonesia, Iran, Bahrain, Tunisia, Pakistan dan Egypt. Aktiviti persidangan diisi padat dengan pembentangan lebih 80 kertas kerja dalam sesi pembentangan oleh penceramah jemputan, pembentangan selari dan kolokium PhD.
Apa yang menarik lagi adalah terdapat dua kategori anugerah iaitu 'The Best Paper Award' dan 'The Best Doctoral Presentation' yang turut dimenangi oleh warga UUM. Antara pemenang 'The Best Paper Award' adalah Mohammad Badri Rozali, Nurul Huda Abdul Majid dan Mohd Ariff Abdul Rahman dengan tajuk kertas kerja "Debt Maturity Structure and Shariah Compliance Requirement: A Study of Malaysian Firms" dan Hamid Abdulkhaleq Hasan Al-Wesabi dan Nor Hayati Ahmad dengan tajuk kertas kerja "Credit Risk of Islamic Banks of GCC Countries". Selain itu, Zubair Hasan dari INCEIF serta Rosylin Mohd Yusof dan Magda Bahlous dari University of Bahrain turut memenangi anugerah tersebut. Anugerah 'The Best Doctoral Presentation' pula disandang oleh Azwan Abdullah pelajar UUM dan Norhanim Mat Sari pelajar INCEIF. Penilaian dibuat berdasarkan 'blind-reviewed' dan panel penilai terdiri daripada Prof Ariff Mohamed (Bond University), Prof Shamsher Mohamad (INCEIF), Prof Syed Othman AlHabshi (INCEIF) dan Prof Michael Drew (Griffith University, Australia).
Dekan IBS, Prof Madya Dr Asmadi Mohamed Naim melahirkan rasa syukur atas kejayaan penganjuran persidangan antarabangsa ini dan mengucapkan terima kasih atas kerja keras ahli jawatankuasa persidangan FIFC 2012 sama ada dari IBS sendiri, Othman Yeop Abdullah Graduate Business School (OYAGSB) mahupun dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Beliau mahu menjadikan persidangan ini sebagai titik tolak kepada penganjuran persidangan-persidangan seumpamanya di masa akan datang oleh IBS. Prof Dr Nor Hayati Ahmad selaku pengerusi persidangan ini amat berpuas hati dengan perlaksanaan persidangan ini. Tambah beliau lagi persidangan ini akan menghasilkan penerbitan dalam prosiding, sebuah buku teks mengenai Islamic Mutual Fund and Private Equity, empat (4) buah buku berbentuk kompilasi artikel dan lapan (8) kertas kerja terpilih untuk diterbitkan dalam International Journal of Banking and Finance (special issue).

No comments:

Post a Comment